Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki cederakan ibu dihadapkan ke mahkamah

    GEORGE TOWN, 19 FEB – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret hari ini atas empat pertuduhan termasuk mencederakan ibunya dengan menggunakan rotan minggu lepas.

    Tertuduh Poh Lee Aik, 45, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim, dua pertuduhan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin dan satu pertuduhan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

    Di Mahkamah Sesyen, Poh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibunya yang berusia 69 tahun dengan cara memukul di badan dan kepala menggunakan rotan berulang kali, di sebuah rumah di Taman Lembah Hijau, Lorong Gangsa pada pukul 7 malam, 13 Februari lepas.

    Dia dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat dengan mana-mana dua daripada hukuman itu serta boleh dikenakan hukuman penjara dua kali ganda dari tempoh maksimum. Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal, tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ia merupakan kesalahan yang serius selain tertuduh tinggal sebumbung dengan mangsa.

    Poh yang tidak diwakili peguam, kemudian merayu agar dibenar diikat jamin atas alasan perlu mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan kerana menghidap penyakit darah tinggi selain perlu menanggung dua orang anak masih bersekolah di bawah jagaan bekas isterinya. – Bernama

    Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret pada 19 Februari atas empat pertuduhan termasuk mencederakan ibunya dengan menggunakan rotan minggu lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda