Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki hilang selepas lori terhumban ke laut

    SHAH ALAM, 1 SEPT – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas sebuah lori terhumban ke dalam laut di dermaga Pelabuhan Barat, Klang, tengah hari tadi.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Mohd Razali Wan Ismail berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung insiden melibatkan mangsa Mohd Hafiz Abdul Salam berusia 24 tahun pada 12:42 tengah hari.

    Beliau berkata, empat pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah digerakkan ke lokasi kejadian dengan dibantu 16 anggota dari dua BBP lain bersama sebuah bot.

    “Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan melibatkan empat anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Pelabuhan Klang. Sehingga kini mangsa masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Wan Mohd Razali berkata, operasi itu turut mendapat bantuan Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bersama dua bot.  – Bernama

    Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat mangsa ditemukan kira-kira 5 petang di kedudukan 20 meter dari lokasi kejadian, pada kedalaman 13 meter pada 1 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda