Monday, January 6, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki maut diserang jerung ketika sedang memancing

    NOUMEA, 3 JAN – Seorang lelaki berusia 40 tahun maut selepas diserang jerung di wilayah luar negara Perancis, New Caledonia, menurut pihak berkuasa hari ini.

    Mangsa yang sedang bercuti di Pulau Kendek bersama-sama keluarganya kelmarin, diserang ketika sedang memancing, menurut kenyataan pejabat pendakwa raya.

    Serangan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan serius pada bahagian lengan.

    Mangsa dibawa ke hospital di Grande Terre, pulau utama New Caledonia, namun keluarganya mendapati jabatan kecemasan telah ditutup sejak 1 Januari kerana kekurangan kakitangan.

    Pasukan perubatan dihantar dari selatan, tetapi usaha resusitasi gagal menyelamatkan mangsa, menurut kenyataan tersebut.

    Wilayah Pasifik Perancis itu telah mencatat peningkatan serangan jerung dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Pada 2023, ibu negara Noumea mengisytiharkan musim terbuka ke atas ikan jerung, dengan melancarkan beberapa kempen pemburuan jerung sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘pencegahan’ bertujuan meningkatkan keselamatan pantai. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda