Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki sembur grafiti anti-lese majeste dipenjara 8 bulan

    BANGKOK, 5 JULAI – Mahkamah Thai kelmarin telah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap seorang lelaki kerana menyembur grafiti anti undang-undang penghinaan diraja atau anti-lese majeste di dinding kompleks istana diraja, menurut peguamnya.

    Suthawee Soikham, 26, ditahan tahun lalu ketika dia menyembur simbol anarki dan nombor 112 yang diconteng di dinding luar Kuil Buddha Zamrud di Bangkok.

    Undang-undang penghinaan diraja yang ketat di Thailand membentuk Seksyen 112 Kanun Jenayah negara itu, dan nombor tersebut sering digunakan sebagai singkatan bagi perundangan tersebut.

    “Mahkamah mendapati tertuduh bersalah melanggar Akta Monumen Kuno dan Antikuiti dan menjatuhkan hukuman penjara satu tahun tanpa penggantungan,” beritahu peguamnya kepada AFP dengan syarat namanya tidak disiarkan kerana membabitkan isu sensitif.

    Hukuman itu dikurangkan kepada lapan bulan kerana Suthawee bekerjasama, tambah peguam itu.

    Insiden pada Mac 2023 itu dirakam dalam video dan dilaporkan secara meluas di media Thailand kerana kuil tersebut merupakan sebahagian daripada kompleks Istana Besar.

    Dua wartawan Thai yang melaporkan insiden tersebut turut ditahan dan didakwa sebagai rakan subahat. – AFP

    Para pelancong ketika berjalan di sekitar bahagian luar Kuil Buddha Zamrud dalam kawasan Grand Palace di Bangkok. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda