Monday, December 16, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima anggota ‘Bali Nine’ pulang ke Australia

    SYDNEY, 15 DIS – Lima anggota terakhir kumpulan dadah ‘Bali Nine’ dari Australia pulang ke tanah air pada Ahad selepas menjalani hukuman penjara selama 19 tahun di Indonesia, sekali gus menamatkan peristiwa yang pernah merenggangkan hubungan antara kedua-dua negara.

    Pada 2005, polis Indonesia menahan sembilan warga Australia kerana cubaan menyeludup lebih lapan kilogram heroin dari pulau peranginan Bali.

    Kes itu mendapat perhatian dunia terhadap undang-undang dadah Indonesia yang sangat ketat, di mana dua ahli kumpulan tersebut dihukum mati oleh pasukan penembak, manakala yang lain menerima hukuman penjara berat.

    “Kerajaan Australia mengesahkan bahawa warga Australia, Matthew Norman, Scott Rush, Martin Stephens, Si Yi Chen dan Michael Czugaj telah kembali ke Australia,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Canberra.

    “Mereka kini berpeluang meneruskan pemulihan peribadi dan reintegrasi di Australia,” tambah kenyataan tersebut.

    Matthew Norman (kiri) semasa berbincang dengan wakil majlis perwakilan Indonesia di Penjara Kerobokan, Bali, Indonesia, pada 6 Disember. – AP

    Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese memaklumkan bahawa kelima-lima individu itu pulang pada sebelah petang, dan beliau telah menyampaikan penghargaan kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, atas ‘belas kasihan’ yang ditunjukkan beliau.

    “Australia berkongsi keprihatinan dengan Indonesia terhadap masalah serius berkaitan dadah haram,” kata Albanese.

    “Kerajaan akan terus bekerjasama dengan Indonesia untuk memerangi penyeludupan narkotik dan jenayah rentas negara,” katanya kepada pemberita.

    “Kelima-lima warga Australia ini telah menjalani lebih 19 tahun di penjara Indonesia. Kini, sudah tiba masanya untuk mereka pulang ke tanah air,” jelasnya.

    Kerajaan Australia tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perjanjian yang dicapai dengan Jakarta. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda