Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    LLE tampil di Rampai Pagi RTB

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan LLE

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Lakap Lagor Entertainment (LLE) telah diundang ke rancangan Rampai Pagi yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Brunei (RTB) pada Hari Raya kedua di salah sebuah studio RTB Sungai Akar, Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

    Persembahan yang diadakan itu telah dimuatkan dengan dendangan lagu, bacaan puisi dan pantun serta berinteraksi bersama warga RTB yang terdiri daripada para penyampai dan pelapor dari keempat-empat daerah.

    Sepanjang sesi wawancara santai bersama LLE, mereka juga turut berkongsi pengalaman berhari raya serta menyelami makna Syawal dahulu dan sekarang dengan kisah jenaka yang sukar dilupakan.

    Undangan khas tersebut adalah bertujuan memberikan peluang kepada LLE untuk tampil di hadapan masyarakat tempatan dan memberikan pendedahan kepada penonton tentang seni di Brunei.

    Di samping itu, ia juga dapat mengenalkan kumpulan atau badan yang bergiat aktif di dalam bidang seni.

    Selain itu, Rampai Pagi pada 23 April lalu juga menampilkan Pasukan Belia Brunei String Quartet dengan memainkan muzik violin dan mempersembahkan lagu instrumental Hari Raya Balik Kampung.

    Ahli-ahli LLE bergambar ramai bersama penerbit dan penyampai Rampai Pagi serta Belia Brunei String Quartet.
    LLE semasa menyanyikan lagu Raikan Raya di studio RTB Sungai Akar, Bandar Seri Begawan.
    Siaran langsung Rampai Pagi yang menampilkan LLE.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda