BEIRUT, 9 DIS – Kementerian Kesihatan Lubnan mengesahkan hari ini dua kes pertama varian Omicron negara itu telah dikesan ke atas penumpang yang diuji sejurus tiba di lapangan terbang.
“Dua kes dikesan semasa ujian di lapangan terbang’ telah disahkan varian Omicron,” kata Menteri Kesihatan, Firass Abiad memberitahu sidang media.
Menurutnya, kedua-dua penumpang itu pernah mengunjungi benua Afrika dan kini ditempatkan dalam kuarantin. – AFP