Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Macron bincang isu visa semasa lawatan ke Algeria

    ALGIERS, ALGERIA, 26 OGOS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron hari ini berkata bahawa dia dan rakan sejawatannya dari Algeria bersetuju untuk berusaha memerangi pendatang haram sementara memastikan cara yang lebih fleksibel untuk warga negara dari Afrika Utara datang ke Perancis secara sah.

    Pengumuman Macron itu dibuat semasa lawatan tiga hari ke Algeria yang bertujuan untuk memulihkan semula hubungan antara kedua-dua negara, selepas krisis diplomatik besar tahun lalu berkaitan isu visa.

    Ketegangan semakin meningkat dengan keputusan Perancis untuk mengurangkan jumlah visa yang dikeluarkan kepada penduduk dari Afrika Utara, termasuk Algeria, kerana kerajaan yang diketuai Macron enggan mengambil semula pendatang yang diusir dari Perancis.

    Bercakap kepada pemberita di Algiers, Macron mengakui isu sensitif itu dibincangkan sehingga lewat malam sebelumnya dengan Presiden Ab- delmajid Tebboune, semasa mesyuarat dan makan malam di istana presiden.

    “Kami berkongsi matlamat yang sama untuk melaksanakan dasar memerangi imigresen dan pemerdagangan haram,” kata Macron.

    Presiden Perancis Emmanuel Macron bersama Presiden Algeria Abdelmajid Tebboune semasa sidang akhbar di Algiers. – AP

    Matlamat itu termasuk menjadi lebih cekap dalam menghantar pulang warga Algeria yang tinggal secara haram di Perancis, katanya.

    Perancis mahu mempunyai pendekatan yang lebih fleksibel dalam menyediakan visa kepada keluarga dua warga-negara Perancis-Algeria, artis, ahli sukan dan usahawan, tambah Macron.

    Macron berkata Perancis mahu mengukuhkan hubungan kerjasama ekonominya dengan Algeria.

    Algeria adalah rakan kongsi utama dalam membekalkan gas ke benua Eropah, kedudukan yang telah diperkukuh di tengah-tengah peperangan di Ukraine.

    Perancis bergantung kepada kira-kira 8 peratus daripada import gas Algeria. Tiada kontrak baharu dijangka ditandatangani semasa lawatan itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...