Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis BDAIDS anjur program kesedaran HIV untuk belia

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS) terus berusaha meningkatkan kesedaran tentang HIV dalam kalangan belia melalui Program Kesedaran HIV bagi Belia dan Rakan Sebaya (HAPPY), yang diadakan di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), kelmarin.

    Program itu melibatkan penyertaan kira-kira 150 pelajar dan bertujuan menyebarkan maklumat mengenai HIV, kehamilan remaja, dan jangkitan penyakit seksual (STI) dalam kalangan remaja. Program itu turut menyaksikan ceramah yang disampaikan oleh Penyelaras Projek HAPPY, Dayang Siti Kailene Jazlan Kashfi, yang turut mengetengahkan statistik terkini STI dan kehamilan remaja di Brunei, serta usia dan jantina yang mendominasi statistik tersebut.

    Dayang Siti Kailene Jazlan menekankan pentingnya sikap berpantang sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan STI dan kehamilan luar nikah dalam kalangan belia. Beliau menyatakan bahawa amalan sikap tersebut dapat membantu golongan muda menghindari tabiat berisiko yang boleh membawa kepada masalah kesihatan dan sosial. Program itu direka bentuk secara interaktif dengan menggunakan kombinasi audio-visual serta aktiviti-aktiviti menarik untuk menyampaikan mesej kepada para pelajar yang diharap dapat memastikan mesej yang disampaikan lebih mudah difahami dan relevan dengan situasi tempatan.

    Dayang Siti Kailene Jazlan memberikan penerangan semasa Program berkenaan di SUAMPRIPAHS. – GAMBAR SERAHAN MAJLIS BDAIDS
    Antara pelajar-pelajar SMSB yang mengambil bahagian dalam program yang berlangsung di sekolah berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MAJLIS BDAIDS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda