Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia potensi jadi hab pusat data

    KUALA LUMPUR, 19 Jun – Malaysia mempunyai potensi yang kukuh untuk menjadi hab serantau bagi pusat-pusat data serta ‘co-location’ (CoLo) kerana memiliki pelbagai faktor menarik seperti tanah yang murah, kos elektrik yang rendah dan tenaga kerja yang berkemahiran.

    Pengurus Negara Vertiv Malaysia Sdn Bhd, Hitesh Prajapati berkata Malaysia telah dinilai sebagai salah satu lokasi terbaik untuk pusat data di Asia Tenggara dan ia juga agak ke hadapan dari segi penggunaan teknologi awan.

    Menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), industri data di Malaysia dijangka meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada RM2 bilion menjelang 2020.

    Pertumbuhan ini berpunca daripada peningkatan dalam penggunaan analisis data yang besar, pengkomputeran awan dan pemulihan data, katanya kepada Bernama.

    “Dengan perkembangan teknologi, Malaysia memiliki persekitaran terbaik untuk menjadi sebuah hab serantau data. Kita telah menyaksikan pelbagai pembekal CoLo serantau dan global memulakan operasi di sini.

    “Terdapat beberapa sebab perkara ini terjadi seperti tanah yang luas, infrastruktur yang baik, tenaga kerja yang berkemahiran, kestabilan politik termasuk perhubungan antarabangsa yang mesra menjadikan ia sesuai kepada banyak pembekal rangkaian global. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda