Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marsha Milan alami masalah suara

    Kurang dua minggu sebelum berlangsung Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), penyanyi Marsha Milan cemas apabila dinasihatkan agar mengurangkan menyanyi.

    Marsha, 40, berkata, doktor menasihatkan perkara itu selepas keadaan suaranya yang tidak berapa baik dan serak.

    “Saya sudah ke klinik Isnin lalu dan doktor ada memberikan suntikan di dalam hidung, itu yang berdarah sedikit.

    “Doktor pesan jangan banyak menyanyi sebab kalau bercakap kedengaran normal tapi apabila menyanyi sangat ketara bunyi serak itu,” katanya ketika dihubungi mStar kelmarin.

    Marsha menjelaskan perkara itu selepas berkongsi foto memperlihatkan hidungnya yang kelihatan berdarah ditampal dengan pembalut.

    Marsha disaran untuk tidak banyak menyanyi. – mStar

    Dalam pada itu, Marsha menjelaskan dia tidak akan berhenti berlatih untuk AJL39 sebaliknya akan menggunakan teknik yang pernah digunakan sebelum ini.

    Jelas Marsha, dia akan membayangkan nota lagu Hening Rindu tanpa banyak menyanyi bagi memahami pergerakan melodi dan vokal.

    “Sekarang saya banyak dengar lagu Hening Rindu dan membayangkan nota-nota nyanyian tanpa perlu menyanyi.

    “Teknik ini turut saya gunakan pada AJL tahun lalu. Itu cara saya berlatih apabila berdepan masalah vokal,” jelasnya.

    Marsha menjelaskan faktor sibuk bekerja mungkin salah satu faktor menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan kerana terlalu penat.

    Apatah lagi kata Marsha tahun ini dia banyak terikat dengan projek berbeza menjelang AJL39 yang membuatkan jadualnya padat.

    “Mana nak siapkan album, penggambaran muzik video malah sekejap lagi saya ada proses rakaman untuk sebuah projek sempena raya.

    “Mungkin kerja-kerja ini membuatkan badan saya tidak berapa kuat, itu yang tumbang sekejap. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda