Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Masalah angin perkara biasa – Rashid

    KUALA LUMPUR, 12 JAN – Alasan masalah angin diberikan jaguh perseorangan lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia, selepas disingkirkan pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka, pada Terbuka Malaysia 2022 semalam, disifatkan tidak munasabah.

    Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berpendapat Zii Jia, yang merupakan pemain kedua terbaik dunia, perlu menerima hakikat bahawa masalah angin timbul di mana-mana venue kejohanan waima Axiata Arena sekali pun dan merupakan sebahagian daripada adat permainan ketika di dalam gelanggang.

    “Kalau ikut ranking Zii Jia tak patut kalah, sebagai seorang pemain profesional, alasan masalah angin hanyalah biasa, sebab bukan dia sahaja malah pemain lain juga sentiasa berhadapan isu sama.

    “Beliau perlu tahu bagaimana hendak menangani masalah angin selain menggunakan taktikal serta pelan permainan yang sesuai dengan keadaan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Zii Jia ditunjukkan jalan keluar selepas tumpas 21-13, 17-21, 19-21 di tangan Naraoka yang juga pemain bukan pilihan bagi kejohanan pembuka tirai Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia itu, tahun ini.

    Sebaliknya, Rashid, yang juga bekas juara Terbuka Malaysia tiga tahun berturut-turut dari edisi 1990-1992, berkata adalah lebih ‘molek’ sekiranya juara Asia itu menerima hakikat bahawa lawannya itu bermain lebih bagus dan berhak menang malam tadi.

    Dalam pada itu, bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 ituberpandangan Zii Jia wajar mempunyai jurulatih sekiranya mahu memastikan prestasinya terus meningkat pada masa akan datang.

    Pemain berusia 24 tahun itu ketika ditemui pemberita selepas pertembungannya dengan Naraoka mengakui tidak menyesal untuk bergerak tanpa jurulatih di sisi setelah berpisah dengan Indra Wijaya, pada November lepas. – Bernama

    Aksi Lee Zii Jia semasa Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...