Wednesday, December 4, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meghan Trainor susah senyum sebab suntikan botoks

    Penyanyi Meghan Trainor menjelaskan dia bukan seorang yang sombong sebaliknya sukar tersenyum akibat suntikan botoks pada wajah, menurut kenyataan mStar.

    Meghan berkata, akibat suntikan itu wajahnya menjadi tegang dan sakit sekiranya dia ingin senyum.

    “Tolong, saya cucuk terlalu banyak botoks. Saya tak dapat senyum langsung, muka saya jadi sakit,” katanya.

    Meghan berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual fail media digital baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Meghan mengakui menyesal terlalu mengikut nafsu apabila kerap mengambil suntikan berkenaan.

    Jelasnya, ramai beranggapan dia seorang yang berlagak dan sombong tanpa mengetahui perkara sebenar.

    “Awalnya saya cucuk pada bahagia dahi saja tapi ada yang cadang suntik di bibir. Mereka kata senyuman akan nampak cantik.

    “Itu semua bohong! Walaupun saya gembira orang tetap ingat saya marah,” jelasnya. – Agensi

    Meghan menyesal melakukan suntikan botoks secara kerap. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda