Friday, October 4, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Membaca al-Qur’an dengan melihat mushaf ketika sembahyang

    Sambungan dari minggu lepas

    Selain itu, perbuatan membalik lembaran mushaf hanyalah dilakukan jika ada hajat atau keperluan. Ini kerana jika dilakukan dengan sengaja tanpa ada keperluan, maka hukumnya adalah makruh sebagaimana disebutkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj:

    Dan jika (orang yang mendirikan sembahyang) membalik lembaran kertasnya (al-Qur’an) secara sekali sekala, tidak batal (sembahyang), kerana perbuatan itu (dikira sebagai perbuatan) sedikit atau tidak berturut-turut bahkan (perbuatan itu) tidak menunjukkan berpaling (dari sembahyang).

    Dan (melakukan) sedikit dari perbuatan yang boleh membatalkan sembahyang jika dilakukan banyak kali itu dilakukan secara senghaja tanpa sebarang hajat hukumnya adalah makruh.

    Maka berdasarkan penjelasan di atas, tidaklah mengapa jika imam ataupun orang yang melakukan sembahyang secara bersendirian ingin membaca ayat-ayat al-Qur’an yang panjang dengan melihat mushaf ketika sembahyang, umpamanya ketika sembahyang sunat Tahajjud semasa qiyam al-lail, ataupun sembahyang Tarawih di bulan Ramadhan.

    Namun perlulah dijaga dari melakukan pergerakan yang banyak atau berturut-turut semasa membalik lembaran kertas mushaf al-Qur’an supaya tidak membatalkan sembahyang.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda