Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mencuri adalah perbuatan memalukan

    PENYANYI Rihanna terpaksa menanggung malu apabila rakamannya mencuri gelas wain dari sebuah parti disiarkan ketika diundang sebagai tetamu program The Graham Norton Show baru-baru ini.

    Graham menerusi program itu turut menunjukkan beberapa imej Rihanna memasukkan gelas ke dalam tas tangannya.

    Rihanna bagaimanapun menjelaskan dia sudah pun memulangkan barangan yang dicuri itu dan mengakui perbuatannya itu memalukan.

    “Ibu saya akan menonton rancangan ini… ia memalukan!,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

    Rihanna muncul dalam program itu di London bagi mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Ocean’s 8.

    Rihanna mengaku perbuatannya yang pernah mencuri gelas wain adalah sesuatu yang memalukan dan turut memulangkan barangan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda