Oleh Daniel Lim
BELAIT, 24 OGOS – Perlawanan Liga Bolasepak Daerah Belait 2022 diteruskan baru-baru ini yang menyaksikan Mengelella FC dan Nusantara FC terikat seri dalam perlawanan keempat liga yang diadakan di padang bola sepak Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC).
Kedua-dua pasukan bermula garang pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua, Nusantara FC hampir menjaringkan gol tetapi dibatalkan kerana melakukan kekasaran.
Mengelella FC juga terlepas peluang menjaringkan gol melalui sepakan penalti.
Kedua-dua pasukan berjaya mempertahankan gawang masing-masing daripada dibolosi dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0.
Liga Bolasepak Daerah Belait 2022 merupakan sebahagian daripada acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Daerah Belait (PBDB), dan lebih banyak perlawanan akan diadakan dalam masa beberapa minggu akan datang.
Bagi dua perlawanan liga seterusnya akan diadakan pada Sabtu di padang bola sepak BSRC, yang akan menyaksikan Hoist FC bertemu HR FT manakala Liang Lumut Belait ST akan bersaing menentang Mengelella FC.
Orang ramai dan peminat bola sepak adalah dialu-alukan untuk menyaksikan perlawanan tersebut sambil mengamalkan penjarakan sosial.