Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Hal Ehwal Ugama terima kunjungan hormat

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT — Naib Pengerusi Persatuan Islam Foutowa, Lubnan, Sheikh Riad Bazou dan Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa Persatuan Islam Foutowa, Lubnan, Sheikh Mohamad Abdallah El Moghrabi, mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, kelmarin.

    Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Misle bin Haji Abdul Karim, serta Pemangku Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Dayang Rosyanti binti Haji Lamat.

    Kunjungan hormat itu antara lain membincangkan berkenaan hal ehwal Islam antara kedua-dua belah pihak.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin sempat bergambar ramai selesai kunjungan tersebut. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    Kunjungan hormat tersebut antara lain membincangkan berkenaan hal ehwal Islam antara kedua-dua belah pihak. – GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda