PHNOM PENH, 15 DIS – Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen hari ini berkata beliau akan melantik menteri luarnya, Prak Sokhonn, untuk menjadi perwakilan khas ASEAN ke Myanmar.
Kemboja pada Oktober mengambil alih kerusi blok serantau ASEAN tahun hadapan. Hun Sen pada awal bulan ini mengumumkan dia akan membuat lawatan rasmi pada Januari ke Myanmar, berusaha untuk memulihkan hubungan pihak tentera dengan negara-negara anggota.
Myanmar yang bergolak sejak rampasan kuasa tentera pada Februari, menyingkirkan kerajaan yang dilantik, Aung San Suu Kyi. Selepas bantahan aman ke atas pemerintahan tentera dibalas dengan kekerasan, penentangan semakin meningkat. Pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai risiko berlakunya perang saudara.
Bercakap semasa di Pnom Penh, Hun Sen berkata dia tidak pasti sama ada ASEAN atau Kemboja mampu menyelesaikan masalah di Myanmar, namun dia perlu mencubanya.
Di bawah bimbingan pengerusi ketika ini, Brunei Darussalam, blok serantau mengambil langkah yang tidak pernah dilakukan selama ini dengan tidak membenarkan pemimpin tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing untuk menghadiri sidang kemuncak pada Oktober lalu.
Ini selepas Myanmar tidak bersetuju untuk membenarkan perwakilan khas untuk bertemu Suu Kyi, yang ditahan sejak rampasan kuasa tentera. Perwakilan khas sebelumnya adalah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yussof.
ASEAN dilihat memainkan peranan untuk meredakan krisis Myanmar disebabkan kebimbangan mengenai ia mampu menjejaskan keamanan serantau. Pada April, ia mencapai perangkaan rancangan lima tahun untuk membantu mengembalikan kestabilan, namun Myanmar kurang memberikan usaha untuk melaksanakannya. – AP