Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Pakistan terselamat

    ISLAMABAD, 20 DIS – Menteri Sains dan Teknologi Pakistan, Shibli Faraz terselamat tanpa mengalami kecederaan dalam serangan senjata api di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut negara itu, semalam.

    Menteri Penerangan dan Penyiaran, Chaudhry Fawad Hussain menerusi akaun Twitter berkata, serangan berlaku ketika Shibli dalam perjalanan di daerah Kohat apabila lelaki bersenjata menyerang kenderaannya yang menyebabkan pemandunya cedera.

    Sementara itu Shibli dalam Twitter berkata, individu tidak dikenali turut membaling kenderaan itu dengan batu, memecahkan cermin kereta dan memukul pemandu. – Bernama

    Shibli Faraz terselamat daripada serangan senjata api. –Gambar fail Ann/The Dawnnews.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda