Hampir dua dekad menjalinkan hubungan cinta, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya sah bergelar isteri kepada bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt.
Menurut laporan mStar, Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang diadakakan secara tertutup di Geneva, Switzerland semalam.
Berita gembira itu dikongsi oleh salah seorang tetamu yang hadir iaitu pelumba Formula 1, Felipe Massa yang menyampaikan ucapan tahniah buat pasangan mempelai.
Michelle, 60, mula berkenalan dengan Jean pada Jun 2004 di Shanghai, China.
Kisah mereka sering menjadi perhatian dan ramai menantikan hari perkahwinan pasangan ini.
Mereka mengumumkan pertunangan pada Julai 2004.
Michelle sebelum ini mencipta sejarah apabila menjadi pelakon Asia pertama memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 pada Mac lalu. – Agensi
