Saturday, February 8, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Milan lebur impian Napoli

    MILAN, 3 APRIL – AC Milan membelasah pemimpin puncak Serie A, Napoli dengan skor 4-0 semalam dalam satu persembahan luar biasa yang meleburkan impian lawan untuk merebut kejuaraan liga pertama dalam lebih dari tiga dekad.

    Rafael Leao mencuri perhatian dalam persaingan antara pemain sayap dengan dua golnya yang cemerlang. Brahim Diaz dan Alexis Saelemaekers juga mencatatkan namanya di papan skor sebagai penyumbang gol untuk juara bertahan sekali gus membantunya melonjak naik ke kedudukan ketiga.

    Kemenangan terbesar musim Serie A bagi skuad Stefano Pioli juga kekalahan ketiga liga buat Napoli, dengan pendahuluan besar mereka di puncak telah berkurangan kepada 16 mata setelah pasukan tangga kedua, Lazio mengalahkan Monza 2-0 semalam.

    Tahun 2023 yang sukar telah meninggalkan Milan 20 mata di belakang, namun mereka berjaya mencetak gol pertama dalam tiga pertandingan melawan Napoli yang akan berakhir bulan ini dengan perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara di antara kedua-dua pasukan Itali.

    “Rasanya luar biasa, tetapi walaupun jika saya tidak menjaringkan gol hari ini, kami tetap bermain dengan baik,” kata Leao setelah menjaringkan gol pertamanya sejak pertengahan Januari.

    Reaksi penyerang Napoli, Matteo Politano (kanan) selepas bertembung dengan Rafael Leao semasa perlawanan antara Napoli dan AC Milan di stadium Diego-Maradona di Naples pada 2 April. – AFP

    Napoli kehilangan penyerang bintang mereka, Victor Osimhen yang cedera, namun barisan pemain pilihan pertama mereka yang lain ditewaskan Milan yang telah meningkatkan peluang mereka untuk melayakkan diri dalam pertandingan kelab teratas Eropah pada tahun depan.

    Bagaimanapun, Milan hanya mendahului satu mata di depan pesaing tempatan mereka, Inter Milan dan Roma yang menduduki tempat kelima berdasarkan perbezaan gol berikutan kemenangan 3-0 ke atas Sampdoria.

    “Ini hanya langkah pertama kami masih mempunyai 10 pertandingan lagi dalam liga yang memerlukan kami memiliki sikap yang sama,” kata Pioli kepada DAZN.

    “Kami telah mensia-siakan peluang sebelum ini dan ia tidak boleh berlaku lagi. Saya gembira dengan kemenangan ini, tetapi ini hanya satu perlawanan.”

    “Untuk musim ini menjadi musim yang baik, kami perlu bermain di Liga Juara-Juara musim depan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda