Monday, October 2, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Minggu Tindakan Iklim buka tirai

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Perubahan iklim adalah isu amat kritikal yang memerlukan perhatian segera dan serius, di mana di serata dunia, kita telah menyaksikan kesan negatif perubahan iklim iaitu daripada kejadian cuaca ekstrem, pencemaran alam sekitar dan gangguan sosial.

    Walaupun kecil, Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali daripada kesan-kesan berkenaan, di mana kita telah mengalami peningkatan jumlah kejadian disebabkan iklim termasuk peningkatan suhu dan turunan hujan, keadaan cuaca yang tidak menentu serta kerosakan infrastruktur dan alam sekitar yang serius.

    Oleh itu, adalah amat penting untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan semua orang dan bekerjasama menangani krisis berkenaan serta menggerakkan usaha
    kita ke arah meminimumkan kesan dan risiko perubahan iklim serta menegaskan komitmen kita kepada tindakan global.

    “Di sinilah Sekretariat Perubahan Iklim Brunei memainkan peranan pentingnya dengan merancang dan melaksanakan dasar-dasar perubahan iklim secara aktif serta langkah-langkah untuk menangani isu-isu perubahan iklim yang berterusan.”

    Penekanan itu dibuat oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dalam kata alu-aluannya pada Perasmian Minggu Tindakan Iklim, Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bersama dan menyempurnakan perasmian ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewa-ngan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha serta Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Dr Nor Imtihan dalam kata alu-aluannya selaku pengerusi bersama Jawatankuasa Kerja bagi Minggu Tindakan Iklim berkata bahawa Minggu Tindakan Iklim yang mendapat sokongan daripada pelbagai kementerian, syarikat-syarikat swasta, institusi pengajian tinggi, belia dan orang ramai menunjukkan komitmen dan azam kolektif ke arah menangani krisis iklim demi mengekalkan masa depan untuk generasi kita sekarang dan akan datang.

    Beliau menyatakan harapan acara itu akan meningkatkan kesedaran dan menjadi peringatan mengenai pentingnya kerjasama dan usaha persendirian serta bersama untuk memastikan usaha-usaha kita dilaksanakan secara efisien melalui kehendak politik yang adil, penyelesaian pembiayaan bersepadu dan pendekatan keseluruhan komuniti.

    Selepas perasmian Minggu Tindakan Iklim, kesemua tetamu kehormat meneruskan sesi lawatan ke petak-petak pameran yang menumpukan tema Towards a Low Carbon and Climate-Resilient Brunei Darussalam di mana pameran turut disertai oleh syarikat-syarikat swasta dan institusi pendidikan tinggi.

    Salah satu tarikan di pameran berkenaan adalah terowong yang dikenali sebagai Tunnel of Inconvenient Truth yang telah dicipta khas untuk para pelawat merasakan pengalaman perubahan iklim dari suhu sekarang kepada satu tahap bila mana manusia tidak lagi mampu terdedah kepada kehangatan luar terlalu lama.

    Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua serta Yang Berhormat Menteri Pembangunan bersama-sama memotong kek semasa pameran berkenaan.
    Menteri-menteri kabinet bergambar ramai di petak pameran Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM).
    Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua ketika melawat petak pameran Brunei LNG selepas perasmian Minggu Tindakan Iklim, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan