KUCHING, 1 FEB – Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) yang dianjurkan di Kota Samarahan adalah platform untuk memberikan pendedahan kepada usahawan desa Sarawak yang baharu dan lama untuk mengembangkan perniagaan. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata Mini KUD yang julung kalinya diadakan juga bertujuan untuk memberi bimbingan dan khidmat nasihat