Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mohammad Aqmal juara Beyblade X, King of Flat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Mohammad Aqmal bin Haji Matsah dari Pasukan DBos Beys dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan Julkarnain bin Haji Husin dari pasukan Santai Aja Bladerz dengan kiraan mata 6-5 dalam perlawanan akhir Beyblade X, King of Flat, yang dianjurkan oleh JB Tour di Teratak DBos di Kampung Mentiri.

    Perlawanan tersebut menyaksikan Mohammad Aqmal berjaya membawa pulang hadiah utama berupa sebuah Freezer.

    Sementara itu, dalam saingan merebut tempat ketiga dan keempat, dua peserta dari Underground X beraksi dengan cemerlang, di mana Muhd Kamaluddin bin Muhd Noor Hamadillah berjaya menewaskan Muhd Shahdany bin Haji Mohid dengan keputusan 6-4.

    Hadiah sagu hati pula dimenangi oleh Pg Jas dari UGX, Mimi Nazwan dari JB, Julkarnain dari SA dan Haris dari JB.

    Dalam pembukaan tirai Liga Jakusha Beyblade bagi tahun 2024/2025, Pasukan Underground X mendahului dengan memperoleh enam mata, diikuti oleh Pasukan DBos Beys dan Pasukan Santai Aja Bladerz yang masing-masing mengumpul lima mata. Pasukan Jakusha Bladers berada di tempat terakhir dengan dua mata.

    Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah masing-masing. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda