Oleh Fadhil Yunus –
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Perenang para Brunei Darussalam, Mohd Danial Hakim Harjimmey menggondol dua pingat emas dalam acara 50 meter (m) dan 100m Gaya Bebas dalam Litar Renang Para 2 anjuran Persatuan Renang Para Malaysia (PREPMA) di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Malaysia, kelmarin.
Perenang para tersebut telah mencatat masa 46:91s dalam acara 50m Gaya Bebas dan mencatat masa 1:25:87s dalam acara 100m Gaya Bebas.
Mohd Danial Hakim, yang membuka laluan kepada sukan Para khususnya dalam renang, akan kembali beraksi dalam acara 50m Kuak Lentang dan 50m Kuak Dada.