Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Dalam usaha memeduli kebajikan Rakan Seliaan (RS) yang memerlukan bantuan, Aftercare Support Association (AFSA) telah menyampaikan barang-barang keperluan asasi kepada RS, Awang Mohd Roslan bin Abdullah dengan enam tanggungannya, hari ini.
Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan berkenaan ialah Timbalan Yang Di-Pertua AFSA, Haji Mustapa bin Haji Masri.
Turut hadir, Setiausaha AFSA, Haji Mahali bin Haji Hassan dan keluarga RS.
Menurut AFSA, Awang Mohd Roslan tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan kelima-lima orang anaknya masih bersekolah.
AFSA melihat perkara itu sebagai tanggungjawab sosial korprat (CSR) bagi menyantuni warga RS.