Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murray, Djokovic mara ke pusingan ketiga

    LONDON, 1 JULAI – Andy Murray kembali menggegarkan pentas Wimbledon selepas berjaya bangkit daripada ketinggalan di perlawanan kelmarin ketika juara bertahan, Novak Djokovic mempamerkan prestasi cemerlang untuk mara ke pusingan ketiga buat kali ke-15.

    Murray yang merupakan juara 2013 dan 2016 bangkit daripada ketinggalan dua set bagi menewaskan pemain Jerman, Oscar Otte 6-3, 4-6, 4-6, 6-4, 6-2 di Centre Court.

    Bintang Britain itu yang beraksi dalam acara perseorangan buat kali pertama sejak 2017 dan berada di ranking ke-118 dunia selepas bergelut dengan masalah kecederaan pinggul dan pangkal paha berjaya mengelak daripada tersingkir awal pada kejohanan kali ini.

    “Pada akhirnya, saya dapat bermain dalam suasana yang hebat,” kata Murray, 34, selepas mengetepikan lawannya yang berada di kedudukan ke-151 dunia.

    “Saya perlukan pertolongan semua orang pada malam ini. Saya bermain dengan baik, tetapi diakui perlawanan agak sukar.”

    Aksi Andy Murray semasa hendak memukul bola ketika menentang Oscar Otte dari Jerman di perlawanan pusingan kedua Kejohanan Tenis Wimbledon di London, semalam. – AP

    Murray akan berdepan pemain pilihan ke-10 dari Kanada, Denis Shapavalov bagi perebutan tempat ke pusingan 16 akhir.

    Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Djokovic yang memburu gelaran keenam Wimbledon dan berpeluang menyamai rekod memenangi Grand Slam kali ke-20 mara selepas menundukkan Kevin Anderson dari Afrika Selatan, 6-3, 6-3, 6-3.

    Djokovic, 34, menewaskan lawan yang ditundukkan pada final 2018 itu hanya dengan melakukan enam kesilapan mudah.

    “Saya ada hubungan yang baik dengan penonton. Saya juga selesa bermain di atas permukaan gelanggang rumput, Saya tidak ingat banyak kesalahan dalam dua perlawanan pertama di Wimbledon,” kata Djokovic.

    Pemain Australia, Nick Kyrgios, menduduki tempat ke-60, memenangi perlawanan pertamanya sejak Terbuka Australia pada bulan Februari lalu, mengalahkan pilihan ke-21 Perancis Ugo Humbert. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda