Sunday, May 12, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Nasa tangguh pelancaran Artemis 1

    KENNEDY SPACE CENTER, AMERIKA SYARIKAT, 29 OGOS – Roket Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) membatalkan penerbangan ujian hari ini bagi roket terbesarnya, satu kegagalan kepada program bercita-cita tinggi untuk menghantar manusia kembali ke Bulan dan seterusnya ke Marikh.

    “Kami tidak melancarkan sehingga keadaan benar-benar mengizinkan,” kata pentadbir NASA Bill Nelson selepas isu suhu enjin memaksa pelancaran dari Pusat Angkasa Kennedy untuk dibatalkan. “Ini adalah sebuah alat mesin yang sangat rumit,” kata Nelson. “Anda tidak mahu menyalakan enjin sehingga ia bersedia untuk dihidupkan.”

    Tarikh pelancaran Artemis 1 tanpa anak kapal agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) ditangguhkan pada hari Jumaat dan Isnin depan. Pelancaran telah dirancang pada 8:33 pagi waktu tempatan tetapi dibatalkan kerana timbul masalah suhu dengan salah satu daripada empat enjin RS-25 pada roket Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) bertinggian 322 kaki.

    NASA berkata ujian untuk mendapatkan salah satu enjin pada suhu yang sesuai untuk pelepasan tidak berjaya. Ia berkata roket SLS dan kapsul kru Orion yang terletak di atas kekal dalam keadaan dan kedudukan yang selamat dan stabil.

    Nelson berkata penangguhan merupakan sebahagian daripada hal biasa dalam industri angkasa lepas dan menyatakan keyakinan bahawa jurutera NASA mampu memperbaikinya dan pelancaran roket akan berjalan dengan lancar.

    Puluhan ribu orang termasuk Naib Presiden AS Kamala Harris telah berkumpul berhampiran Pusat Angkasa Kennedy di Florida untuk menyaksikan pelancaran itu, iaitu lokasi yang diadakan 50 tahun lalu selepas angkasawan Apollo 17 kali terakhir menjejakkan kaki di Bulan. Matlamat penerbangan adalah untuk menguji kapsul kru SLS dan Orion. Operasi semalaman untuk mengisi roket oren-putih dengan lebih daripada tiga juta liter hidrogen cecair ultra-sejuk dan oksigen telah ditangguhkan seketika disebabkan risiko petir yang tinggi.

    Kraf itu juga akan menggunakan satelit kecil untuk mengkaji permukaan bulan.

    Kegagalan pelancaran roket Artemis 1 akan menyebabkan kerugian program yang menelan belanja AS$4.1 bilion bagi setiap pelancaran yang sudah dirancang bertahun-tahun. – AP

    Roket NASA terletak di Pad 39B untuk misi Artemis 1, Pusat Angkasa Kennedy, Cape Canaveral. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sherpa lebarkan rekodnya sendiri, daki Gunung Everest kali ke-29

    KATHMANDU, 12 MEI - Salah seorang sherpa pendakian terhebat di Gunung Everest telah mendaki puncak tertinggi dunia untuk kali ke-29, memanjangkan rekodnya sendiri untuk...