Tuesday, November 5, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nathalie Holscher cari duit untuk tanggung hidup

    Selepas mengambil keputusan membuka hijab, bekas isteri kepada pelawak Sule iaitu Nathalie Holsher sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila dilihat kembali berkerja sebagai DJ di sebuah kelab malam.

    Kata Nathalie, 34, dia terpaksa melakukan semula pekerjaan lama itu kerana kekangan wang dan perlu membayar gaji pekerja.

    “Saya seorang janda yang sendirian jadi perlu kerja keras cari duit.

    “Saya perlu bayar gaji orang bawahan saya, itu pun dah banyak… belum masuk elaun tambahan lagi” katanya yang dikongsi di laman mStar.

    Sebelum ini, tular di media sosial video Nathalie sedang menghiburkan pengunjung di sebuah kelab malam mengundang rasa kurang senang warganet.

    Nathalie akui terpaksa bekerja kerana perlu bayar gaji pekerja. – JPNN

    Jelasnya, pekerjaan sebagai DJ kelab malam bukanlah sesuatu yang salah selagi rezeki tersebut masih halal.

    DJ itu kan seni, sama seperti menyanyi, kan sudah dikira muzik.

    “Apa pun, yang penting kan cari duit yang halal dan berkat,” jelasnya.

    Untuk rekod, Nathalie berkahwin dengan Sule pada November 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

    Kemudian, rumah tangga pasangan itu dikatakan bermasalah bermula 2021 sebelum sah bercerai pada Ogos 2022. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda