Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nike catat pertumbuhan

    NEW YORK, 21 DIS – Nike melaporkan peningkatan keuntungan suku tahunan dengan penjualan lebih tinggi di Amerika Utara di tengah-tengah harga kukuh, kelmarin, meskipun rantaian bekalan merudum di Asia disebabkan hasil di China dan pasaran lainnya.

    Gergasi barangan sukan, sebelum ini memberi amaran kelambatan disebabkan kos pengangkutan yang meningkat dan masalah di beberapa kilang utama di Asia berpunca daripada sekatan COVID-19, berkata keputusan di Amerika Utara dan rantau tengah Eropah dan timur Afrika mendapat keuntungan daripada tahap inventori yang lebih tinggi pada permulaan suku tahun ini.

    Lonjakan di Amerika Utara diikuti dengan pelaburan dalam penjualan langsung kepada pelanggan yang merangkumi kemudahan baharu di bahagian timur dan barat Amerika Syarikat (AS) dan kira-kira 1,000 buah robot di pusat pengagihan untuk mengendalikan pesanan dalam talian, menurut eksekutifnya.

    Hasil turut didorong oleh harga kukuh dan kurang promosi, dengan ‘bekalan inventori secara signifikan melambatkan permintaan,’ seperti mana yang disebut oleh Ketua Pegawai Kewangan, Matt Friend, sementara mengesahkan ramalan penjualan sepanjang tahun.

    Tetapi jualan menurun di China dan divisyen Asia Pasifik dan Amerika Latin, dengan Nike menyebutkan ‘tahap lebih rendah inventori sedia ada disebabkan oleh penutupan kilang ekoran COVID-19’. – AFP

    Gambar fail bertarikh 26 November 2021 menunjukkan pembeli berada di kedai kilang Nike di El Paso semasa Black Friday. Nike melaporkan keuntungan suku tahunan dengan penjualan lebih tinggi di Amerika Utara. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda