Thursday, November 7, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nintendo tangguh konsol baharu hingga 2025

    TOKYO, 19 FEB – Saham dalam syarikat permainan video Jepun, Nintendo, merosot sehingga 8.5 peratus hari ini selepas laporan yang menyatakan konsol generasi seterusnya akan ditangguhkan sehingga awal 2025.

    Konsol baharu yang dijangka menggantikan Switch popular itu disasarkan untuk dikeluarkan pada penghujung tahun ini tetapi beberapa pengeluar kini diberitahu untuk menjangkakan ia dikeluarkan pada tahun depan, lapor Bloomberg News, memetik sumber yang tidak dinamakan.

    Ini bermakna konsol seterusnya akan terlepas jualan Nintendo pada musim percutian Krismas yang merupakan tempoh penting pada bulan Disember.

    Penangguhan itu turut dilaporkan oleh laman web Video Games Chronicle.

    Jurucakap Nintendo berkata syarikat itu enggan memberi komen mengenai laporan tersebut, kata Bloomberg News.

    Switch, yang boleh berperanan sebagai alat genggam atau disambungkan ke TV, menjadi alat yang mesti dimiliki dalam kalangan semua peringkat umur semasa COVID.

    Namun, minat terhadap alat itu semakin berkurangan dengan usianya yang sudah mencecah tujuh tahun. Nintendo juga masih belum mengumumkan apa-apa rancangan mengenai konsol baharu mereka. – AFP

    Seorang wanita melihat paparan Nintendo Switch di kedai Nintendo di pusat Tokyo, Jepun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda