Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Operasi selamatkan budak jatuh dalam perigi diteruskan

    MAGHRIBI, 4 FEB – Pasukan penyelamat Maghribi hari ini terus bertungkus-lumus untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang sudah hampir tiga hari terperangkap dalam sebuah perigi.

    Operasi menyelamat itu menjadi berita utama di negara terbabit, dengan ratusan ribu rakyat yang cemas mengikuti siaran secara langsung mengenai tragedi itu.

    Operasi bantuan dipergiatkan untuk Rayan, 5, yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter pada Selasa lalu, dengan penyelamat bekerja 24 jam dengan bantuan lampu limpah.

    Jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas, berkata penyelamat mengorek lubang selari dengan perigi berkenaan bagi membina terowong untuk mengeluarkan kanak-kanak malang itu dari sisi.

    “Struktur tanah menjadikan keadaan amat berbahaya untuk cuba melebarkan lubang dan ini bermakna penggalian besar di sekelilingnya adalah satu-satunya penyelesaian.

    Pihak berkuasa Maghribi dan anggota bomba berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berusia 5 tahun, yang terperangkap dalam perigi selama tiga hari, di Bab Berred pada 3 Februari 2022. – AFP

    Kisah itu mencetuskan rasa simpati ramai dengan tanda pagar tulisan Arab, #SaveRayan, menjadi tular di seluruh Afrika Utara termasuk di negara jiran Algeria.

    Agensi berita MAP melaporkan, penggerudian di kampung berhampiran Bab Berred di Chefchaouen di Maghribi itu sudah mencecah 27 meter dengan ‘harapan mencapai 32 meter dalam masa beberapa jam lagi’.

    Penyelamat kemudian akan menggali tiga meter secara mendatar di antara lubang dan perigi untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

    Pasukan perubatan juga sudah dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan awal dan potensi masalah kesihatan sebaik saja budak lelaki itu diselamatkan.

    Pasukan penyelamat dapat menghantar oksigen dan air kepada kanak-kanak itu melalui paip dan sebuah helikopter polis turut bersiap sedia untuk memindahkannya ke hospital berdekatan.

    Ketua penyelamat, Abdelhabi Temrani, memberitahu stesen siaran televisyen Al Oula bahawa rentas mulut perigi itu yang berukuran kurang 45 sentimeter menyukarkan lagi usaha menyelamatkan Rayan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...