Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan lanjut tempoh tinggal pelarian Afghanistan setahun lagi

    ISLAMABAD, 11 JULAI – Seramai 1.45 juta pelarian Afghanistan di Pakistan dibenarkan tinggal setahun lagi, demikian menurut pengumuman kerajaan Islamabad, kelmarin.

    Namun, pengusiran pendatang tanpa dokumen sah tetap akan diteruskan.

    Lebih 600,000 warga Afghanistan telah melarikan diri dari Pakistan sejak tahun lalu, selepas Islamabad mengarahkan pendatang tanpa dokumen untuk meninggalkan negara itu atau berdepan penangkapan.

    Arahan itu dikeluarkan susulan kemerosotan dalam hubungan dengan Kabul berhubung isu keselamatan.

    Pemantau hak asasi manusia memberi amaran bahawa mereka yang dihantar pulang ke Afghanistan yang diperintah Taliban tidak menerima sokongan dan ada yang berdepan penindasan oleh pemerintah baharu Kabul.

    Kabinet Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif telah meluluskan lanjutan sehingga Jun 2025 bagi 1.45 juta pelarian Afghanistan yang secara sah tinggal di negara itu dengan kad Bukti Pendaftaran.

    Kad tersebut telah tamat tempoh pada akhir bulan lalu, meninggalkan pemegangnya tidak pasti perundangan tentang hak mereka untuk tinggal di Pakistan.

    Bukan semua warga Afghanistan di Pakistan mempunyai kad tersebut dan mereka yang memilikinya turut melaporkan menghadapi gangguan atau ugutan untuk meninggalkan negara itu.

    Pengumuman Islamabad itu dibuat sehari selepas lawatan tiga hari Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi. – AFP

    Pelarian Afghanistan yang dihantar pulang dari Pakistan menerima bantuan makanan oleh Persatuan Palang Merah di Kandahar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda