Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelantikan, pertukaran beberapa pegawai kanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan dan pertukaran beberapa orang pegawai kanan berkuat kuasa mulai 28 Jun 2018.

    Pegawai Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-undang) di KHEDN.

    Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut pula dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) di KHEDN.

    Sementara itu, Timbalan Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan ditukar ke KHEDN menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda