Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembangkang Syria perlu pilih delegasi segera

    BEIRUT, 1 Feb – Para pegawai pembangkang Syria hari ini mengkritik utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Staffan de Mistura selepas dia berkata dia akan memilih sendiri wakil-wakil delegasi pembangkang kepada rundingan yang dianjurkan oleh PBB di Geneva jika mereka gagal berbuat demikian.

    De Mistura berkata kelmarin rundingan yang dijadualkan pada 8 Februari itu ditangguhkan ke tarikh 20 Februari dalam usaha untuk memberikan pihak pembangkang lebih banyak masa untuk memperkenalkan delegasi mereka.

    Dan dia memberi amaran jika mereka tidak berbuat sedemikian sebelum 8 Februari, dia akan “memilih delegasi dalam usaha untuk memastikan ia boleh menjadi seinklusif yang mungkin.”

    Pihak pembangkang menolak ulasan-ulasan sebagai sesuatu yang “tidak boleh diterima.”

    “Memilih delegasi pembangkang Syria bukan hal de Mistura,” tulis Riad Hijab, ketua Jawatankuasa Perundingan Tertinggi pembangkang pada akaun Twitternya.

    Staffan de Mistura menegaskan dia akan memilih sendiri delegasi pembangkang Syria jika pihak berkenaan gagal mengemukakan wakil sebelum 8 Februari ini. – AP
    Staffan de Mistura menegaskan dia akan memilih sendiri delegasi pembangkang Syria jika pihak berkenaan gagal mengemukakan wakil sebelum 8 Februari ini. – AP

    Salem Muslet, seorang jurucakap kumpulan payung pembangkang, berkata ulasan-ulasan de Mistura “tidak boleh diterima” dan menunjukkan “tidak menghormati keupayaan perwakilan-perwakilan orang Syria.”

    De Mistura mengumumkan rundingan yang dianjurkan oleh PBB ditangguhkan “untuk memberikan peluang bagi kedua-dua kerajaan untuk menjadi serius terlibat dalam perbincangan dan pihak pembangkang… untuk diberikan peluang untuk datang dengan seorang pembangkang yang bersatu”.

    Namun Muslet menolak cadangan yang mengatakan pihak pembangkang bertanggungjawab atas penangguhan itu, yang katanya ia “bukan dalam kepentingan orang-orang Syria”.

    Penangguhan itu adalah “tindak balas daripada permintaan sekutu-sekutu rejim,” hujahnya.

    Dia juga bertanyakan sama ada de Mistura akan “campur tangan dalam pembentukan delegasi Presiden Bashar al-Assad.”

    Rundingan di Geneva akan menjadi yang pertama sejak satu pusingan rundingan yang ditaja oleh sekutu Assad Rusia dan Iran, dan penyokong pembangkang Turki yang diadakan di ibu negeri Kazakhstan Astana bulan lepas.

    Rundingan-rundingan itu berakhir tanpa sebarang kejayaan besar, meskipun perdamaian seluruh Syria yang dibroker oleh Rusia dan Turki telah dituruti sejak 30 Disember.

    Lebih daripada 310,000 orang telah terkorban di Syria sejak konflik itu meletus dengan bantahan-bantahan antikerajaan pada Mac 2011. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda