Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemberi maklumat FBI ditangkap kerana berbohong tentang Biden

    LOS ANGELES, 23 FEB – Seorang pemberi maklumat FBI yang didakwa berbohong mengenai Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan anaknya telah ditangkap semula, hanya beberapa hari selepas dibebaskan dengan ikat jamin, kata peguamnya dalam pemfailan mahkamah, kelmarin.

    Alexander Smirnov, 43, warga dua kerakyatan AS dan Israel, telah ditangkap minggu lalu dan didakwa kerana membuat tuduhah palsu bahawa Hunter Biden menuntut rasuah jutaan dolar daripada firma Ukraine Burisma, di mana dia berkhidmat pada masa itu demi melin-dunginya daripada siasatan semasa bapanya menjadi naib presiden AS.

    Awal minggu ini, Smirnov dibebaskan oleh mahkamah di Nevada, walaupun mendapat bantahan daripada pendakwa mengatakan dia mungkin melarikan diri, dengan syarat dia menyerahkan pasportnya dan tertakluk kepada pemantauan GPS.

    “Pada pagi 22 Februari 2024, Smirnov telah ditangkap buat kali kedua semasa berada di pejabat undang-undang peguam untuk pertemuan dengan peguam,” kata peguamnya, David Chesnoff dan Richard Schonfeld dalam pemfailan mahkamah. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda