Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengguna bumbung solar wajib bayar caj kapasiti

    PHNOM PENH, 8 JULAI – Pihak Berkuasa Elektrik Kemboja (EAC) mengumumkan kelmarin bahawa pemasangan bumbung tenaga solar dengan kapasiti melebihi 10 kilowatt diwajibkan membayar caj kapasiti.

    Dalam satu kenyataan, EAC berkata semua pengguna bumbung solar yang juga menggunakan grid kuasa nasional dikehendaki mendaftar pemasangan bumbung solar mereka dengan utiliti milik kerajaan Electricite du Cambodge, atau mereka akan dikenakan penalti.

    Tambahnya, sejak Disember 2023 sehingga kini, hanya 94 pengguna telah mengisytiharkan pemasangan bumbung solar mereka.

    EAC berkata caj kapasiti menyasarkan pengguna besar seperti kilang industri, perniagaan, hotel atau bangunan besar yang ingin memasang sistem tenaga solar bersaiz sederhana dan besar.

    “Bagi isi rumah yang memasang sistem bumbung solar dengan kuasa tidak melebihi 10 kilowatt, bersamaan dengan 16 panel solar besar atau 20 panel solar sederhana di atas bumbung mereka yang bersaiz dari 120 hingga 200 meter persegi, mereka tidak diwajibkan membayar caj kapasiti.

    “Justeru, lebih daripada 95 peratus penduduk yang menggunakan elektrik untuk rumah dan lokasi perniagaan mereka tidak akan terjejas oleh langkah baharu ini,” tambah kenyataan.

    Pengguna bumbung solar yang tidak menggunakan grid kuasa nasional juga dikecualikan daripada membayar caj kapasiti. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda