Thursday, December 5, 2024
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjana video AI, Veo, diperkenal kepada pelanggan Google Cloud

    SAN FRANCISCO, 4 DIS – Google mengumumkan kelmarin bahawa model kecerdasan buatan (AI) miliknya, Veo, yang boleh menghasilkan klip video pendek daripada imej dan arahan, kini tersedia dalam pratonton persendirian untuk pelanggan yang menggunakan Vertex AI, platform pembangunan AI Google Cloud.

    Google berkata pelancaran itu akan membolehkan pelanggan seperti Quora untuk membawa Veo ke platform chatbot Poe mereka dan Mondelez International, pemilik Oreo, untuk menghasilkan kandungan pemasaran dengan rakan-rakan agensi mereka.

    Diperkenalkan pada bulan April, Veo boleh menghasilkan klip 1080p yang memaparkan haiwan, objek dan manusia sehingga enam saat panjang, dengan kadar 24 atau 30 bingkai sesaat.

    Menurut Google, Veo dapat merakam pelbagai gaya visual dan sinematik, termasuk gambar landskap dan selang masa, serta membuat suntingan pada rakaman yang telah dihasilkan.

    “Sejak Veo diperkenalkan, pasukan kami telah menambah baik, memperkukuhkan dan mempertingkatkan model ini untuk pelanggan perusahaan di Vertex AI,” kata Pengarah Kanan Pengurusan Produk di Google Cloud, Warren Barkley.

    “Sehingga hari ini, awda boleh mencipta video definisi tinggi dalam 720p, dalam nisbah aspek landskap 16:9 atau potret 9:16. Sama seperti bagaimana kami meningkatkan keupayaan model-model lain seperti Gemini di Vertex AI, kami akan terus melakukan perkara yang sama untuk Veo.” – Xinhua

    Gambar menunjukkan logo Google Cloud di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC), perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi, di Barcelona pada 27 Februari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda