Thursday, January 23, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penternak lembu cedera parah, tangan tersepit mesin

    IPOH, 15 MAC – Malang tidak berbau apabila seorang penternak berusia 56 tahun cedera parah setelah tangan kirinya tersepit di dalam mesin shreader menghancurkan rumput untuk makanan lembu dalam kejadian di Jalan Kampung Samy, Tapah, petang ini.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata kejadian pukul 4:19 petang itu menyebabkan kelima-lima jari sehingga ke pergelangan tangan lelaki itu cedera parah. Beliau berkata, kejadian berlaku semasa lelaki itu hendak memberi makan lembu-lembu ternakannya, iaitu ketika memasukkan rumput ke dalam mesin untuk dihancurkan, tangan kirinya termasuk dan tersepit ke dalam mesin berkenaan.

    “Mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan  lanjut,” katanya dalam kenyataan. – Bernama

    Gambar Web Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda