Tuesday, December 3, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peraduan mewarna pupuk minat sejarah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Penerbitan dan Pemasaran mengadakan aktiviti Peraduan Mari Mewarna Sejarah sempena Hari Terbuka PSB 2024, kelmarin.

    Peraduan yang diadakan di PSB, Bandar Seri Begawan dilaksanakan sebagai usaha dalam mencapai salah satu objektif PSB iaitu mengembang luaskan pembudayaan dan penerapan sejarah dalam kalangan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam khususnya melalui penerbitan bahan bacaan mengenai persejarahan negara.

    Antara yang hadir bagi sama-sama menyaksikan kemeriahan acara berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad; dan Pengetua PSB, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

    Seramai 120 peserta menyertai peraduan ini iaitu 50 peserta daripada kategori A berumur lima hingga 11 tahun, 40 peserta daripada kategori B berumur 12 hingga 17 tahun dan 30 peserta daripada kategori C berumur 18 tahun ke atas.

    Peraduan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan salah sebuah buku terbaharu terbitan PSB iaitu Buku Mewarna Sejarah 1. Melalui peraduan ini, ia juga diharap dapat menarik minat orang ramai khususnya golongan kanak-kanak dan belia untuk mengetahui dan mempelajari asas persejarahan negara sebagai panduan masa kini dan masa depan, seterusnya, membuka minda mereka untuk meminati dan menghayati sejarah tanah air.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menghadiri acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN PSB
    Antara peserta yang menyertai peraduan mewarna anjuran PSB. – GAMBAR SERAHAN PSB
    Peserta-peserta tekun mewarna semasa menyertai Peraduan Mari Mewarna Sejarah, baru-baru ini. Pertandingan itu dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengetahui dan mempelajari asas persejarahan negara. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda