Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perenang Olimpik Agnel berdepan dakwaan rogol

    MULHOUSE, PEANCIS, 12 DIS – Perenang Perancis, Yannick Agnel yang memenangi dua pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2012 diletakkan di bawah siasatan selepas didakwa melakukan kesalahan ‘rogol dan serangan seksual ke atas seorang remaja berumur 15 tahun,’ kata pejabat pendakwa raya Mulhouse.

    Pendakwa raya bandar itu, Edwige Roux-Morizot berkata, bekas atlet berusia 29 tahun itu turut diletakkan di bawah pengawasan kehakiman.

    Agnel ditangkap pada Khamis di Paris dan ditahan polis di Mulhouse di timur Perancis.

    Pendakwa raya berkata aduan difailkan terhadap insiden yang berlaku sekitar tahun 2016.

    Menurut akhbar Perancis, penyiasatan itu akan dilakukan berdasarkan aduan daripada seorang perenang yang berlatih di bawah kendalian Agnel di Mulhouse antara tahun 2014 dan 2016.

    Agnel, pada masa itu adalah juara bertahan Olimpik menyertai kelab renang Mulhouse (MON) pada 2014 dan berlatih di sana selama dua tahun.

    “Beberapa perenang dan bekas perenang sudah disoal siasat baru-baru ini ini,” lapor akhbar berita L’Equipe.

    Agnel menjadi terkenal di peringkat antarabangsa selepas menang di kejohanan Eropah pada 2010 apabila meraih emas dalam acara 400m gaya bebas dan mencipta rekod baharu Perancis dan rekod kejohanan.

    Dua tahun kemudian, dia mewakili Perancis di Sukan Olimpik London dan meraih emas dalam acara 200m gaya bebas dan 4x100m manakala perak dalam 4x200m gaya bebas. – AFP

    Gambar fail menunjukkan reaksi perenang Perancis Yannick Agnel selepas bertanding dalam acara gaya bebas 100m kejohanan renang Perancis di Montpellier. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda