Friday, September 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkahwinan Claudia bertahan 5 tahun

    Tiada angin tiada ribut, pelakon Korea, Claudia Kim bercerai dengan Ketua Pegawai Eksekutif DN Korea iaitu sebuah syarikat platform digital hartanah, Cha Min Geun.

    Usia perkahwinan pasangan tersebut hanya bertahan selama hampir lima tahun.

    Menurut laporan Allkpop, Claudia, 39 dan Min Geun, 42, bersetuju untuk membuat haluan masing-masing dengan memilih jalan untuk berpisah.

    Bagaimanapun butiran mengenai sebab perceraian dan urusan penjagaan anak masih belum didedahkan.

    Kisah percintaan mereka mendapat publisiti yang tinggi kerana merupakan gabungan pasangan pelakon dan usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing.

    Claudia membuat debutnya di Hollywood pada tahun 2015 dengan memainkan sebuah watak dalam filem Marvel’s Avengers: Age of Ultron.

    Baru-baru ini, aktres itu muncul dalam Gyeongseong Creature musim pertama di platform penstriman Netflix dan drama JTBC The Atypical Family.

    Manakala Min Geun sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di WeWork Asia-Pasifik dan Ketua Pegawai Eksekutif WeWork Korea sehingga Oktober 2019.

    Usahawan itu kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif DN Korea, sebuah syarikat proptech yang mengendalikan platform hartanah Dongnae. – Agensi

    Claudia ketika dalam filem Avengers: Age of Ultron. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda