Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan gerai Hari Keputeraan dibuka

    Oleh Normazlina M.D & Hjh Saemah Kepli

     

    TUTONG, 27 Jun – Permohonan bagi mendapatkan petak gerai perayaan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 Tahun bagi Daerah Belait dan Tutong telah pun dibukakan kepada orang ramai.

    Permohonan bagi Daerah Tutong telah mula dibukakan pada 21 Jun yang lalu dan borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperolehi di kaunter Unit Perlesenan, Jabatan Bandaran Tutong.

    Tarikh tutup bagi mengembalikan borang permohonan tersebut adalah pada 5 Julai, jam 2 petang.

    Manakala permohonan bagi Daerah Belait telah mula dibukakan kelmarin hingga esok (28 Jun) dan tarikh akhir mengembalikan borang adalah pada 30 Jun, jam 3:45 petang.

    Orang ramai boleh mengambil borang tersebut dan mengembalikannya di Kaunter Urus Setia Gerai Perayaan, Aras Bawah, Bangunan Utama, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria Jalan Mckerron, Kuala Belait.

    Waktu-waktu pembayaran adalah dari jam 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Untuk memohon, para pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap yang bermastautin di Daerah Belait sahaja.

    Gerai di Daerah Belait dibahagikan kepada empat kategori iaitu Kategori A bagi makan dan minum, Kategori B bagi jaja (makanan siap sedia, menggunakan gas masak dan menyalai atau membakar), Kategori C bagi jualan runcit dan Kategori D bagi buah-buahan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda