Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persidangan Antarabangsa Kembar Siam perkukuh usaha global

    RIYADH, 24 NOV – Persidangan Antarabangsa Mengenai Kembar Siam 2024 yang dianjurkan oleh Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief), bertujuan untuk meningkatkan teknik diagnostik, rawatan, serta sokongan perubatan untuk kembar siam di seluruh dunia.

    Ketua Penyelia KSrelief, Dr Abdullah Al Rabeeah menegaskan bahawa persidangan julung kali diadakan itu juga bertujuan untuk menyatukan pusat perubatan dan pertubuhan kemanusiaan.

    “Terdapat jurang yang ketara antara pusat perubatan dan pertubuhan kemanusiaan, sesuatu yang hanya saya sedari selepas menyertai KSrelief.

    “Persidangan ini memberikan peluang berharga untuk merapatkan jurang itu,” katanya semasa taklimat khas kepada media menjelang pembukaan rasmi hari ini.

    Persidangan dua hari itu akan menampilkan pelbagai program, termasuk sesi peringkat menteri dengan pemimpin daripada organisasi kesihatan multinasional dan menteri dari pelbagai negara.

    Peserta juga boleh menjangkakan ucaptama dan pembentangan perubatan oleh pakar terkemuka dalam bidang itu, dengan perbincangan memfokuskan kepada amalan terbaik dalam penjagaan kembar siam, termasuk intervensi pembedahan, penjagaan ibu, pertimbangan etika dan kemasukan sosial. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda