Wednesday, April 23, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat Delta terbakar di Orlando

    ORLANDO, 22 APRIL – Sebuah pesawat Delta Air Lines terbakar kelmarin, sebelum dijadualkan berlepas di sebuah lapangan terbang di tengah Florida, sekali gus memaksa penumpang dipindahkan, kata pegawai lapangan terbang.

    Tiada laporan kecederaan semasa kebakaran di pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando, kata Delta dalam satu kenyataan.

    Kebakaran enjin berlaku lewat pagi kelmarin pada Penerbangan Delta Air Lines 1213 ketika pesawat berada di atas landasan sebelum berlepas dari Orlando ke Atlanta, kata pegawai lapangan terbang di media sosial.

    Menurut satu kenyataan, para penumpang telah dipindahkan dan pasukan penyelamat serta anggota bomba lapangan terbang telah bertindak balas dengan pantas.

    Pesawat Airbus A330 itu membawa 282 penumpang, 10 pramugari dan dua juruterbang, menurut Delta.

    “Pasukan penerbangan Delta mengikuti prosedur untuk mengosongkan kabin penumpang apabila api dilihat pada paip ekzos salah satu enjin pesawat,” kata Delta dalam kenyataan.

    Pasukan penyelenggaraan akan memeriksa pesawat untuk menentukan punca kebakaran tersebut, kata Delta. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda