Wednesday, April 23, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Asia 2025: Malaysia jangkakan cabaran lebih sengit

    KUALA LUMPUR, 22 APRIL – Malaysia menjangkakan cabaran lebih sengit bakal dihadapi pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 10 hingga 18 Mei ini.

    Ketua jurulatih skuad Malaysia, Ahmad Jais Baharun berkata tugasan berat menanti dalam acara regu dan double, iaitu acara yang menyaksikan Malaysia dinobatkan selaku juara dunia ketika menjadi tuan rumah Piala Dunia, tahun lepas.

    Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menyasarkan sekurang-kurangnya layak ke perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, terutamanya regu dan double.

    “Kami melihat ini sebagai cabaran besar dan ia adalah satu tanggungjawab kepada setiap pemain yang terpilih beraksi di Piala Asia kelak.

    “Saya juga lihat undian kali ini agak seimbang namun cabaran besar menanti skuad negara berbanding ketika saingan Piala Dunia tahun lepas. Kita sedang mantapkan pasukan untuk menghadapi Piala Asia ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis undian Piala Asia 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Mengenai musuh tradisi Thailand, Ahmad Jais berkata pemain sudah meraih pengalaman berharga pada Piala Dunia di Bihar, India Mac lepas dan telah menunjukkan perkembangan positif sepanjang persediaan menghadapi Piala Asia kali ini.

    Dengan persiapan rapi dilakukan, beliau yakin skuad Malaysia mampu memberikan cabaran sengit kepada Thailand, mahupun mana-mana pasukan hebat lain. – Bernama

    Ahmad Jais Baharun berkata tugasan berat menanti dalam acara regu dan double. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda