Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Thailand hampir jadi mangsa penipuan teknologi AI

    BANGKOK, 15 JAN – Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mendedahkan bahawa beliau hampir menjadi mangsa penipuan telefon yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk meniru suara seorang pemimpin asing terkenal, katanya hari ini.

    Paetongtarn, anak perempuan kepada bekas perdana menteri dan ahli perniagaan telekomunikasi, Thaksin Shinawatra, berkata beliau menerima mesej suara yang menyerupai suara pemimpin terkemuka, tanpa mendedahkan identitinya. “Dalam rakaman itu, dia berkata tidak sabar untuk bertemu saya dan bekerjasama,” katanya.

    Paetongtarn terlepas panggilan dari nombor tersebut pada waktu malam, sebelum menerima mesej suara kedua keesokan harinya yang menimbulkan keraguannya.

    “Suara itu mengatakan Thailand adalah satu-satunya negara ASEAN yang belum membuat sumbangan – apabila saya mendengar itu, saya rasa ‘ini tidak betul’,” katanya.

    Susulan itu, mesej teks meminta wang untuk dihantar ke akaun bank luar negara memperkukuhkan keyakinannya bahawa ia adalah penipuan.

    Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra melambai sejurus ketibaannya untuk Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Pangkalan Tentera Udara 8, di Callao, Peru, pada 13 November lalu. – AFP

    “Saya pasti apabila melihat perkara itu,” tambahnya.

    Paetongtarn tidak menjelaskan bila beliau menerima mesej-mesej tersebut.

    Penipuan melalui ‘pusat panggilan’ seperti itu adalah perkara biasa di Thailand, di mana penipu sering menyamar sebagai pegawai polis, pegawai kerajaan atau kakitangan bank dan kerap menggunakan ‘robocall’ automatik untuk membuat hubungan awal.

    Paetongtarn, 38, baru-baru ini mengisytiharkan aset berjumlah lebih AS$400 juta kepada Suruhanjaya Anti-Rasuah Thailand.

    Bapanya, Thaksin – yang pernah memiliki kelab bola sepak Manchester City – memiliki kekayaan bersih bernilai AS$2.1 bilion menurut Forbes, menjadikannya individu ke-10 terkaya di Thailand. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda