Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pogacar bertuah terselamat rempuhan teruk

    PARIS, 25 APRIL – Bintang berbasikal Slovenia, Tadej Pogacar berkata dia menganggap dirinya ‘bertuah’ kerana hanya patah pergelangan tangan ketika terbabit dengan ‘rempuhan gila’ ketika beraksi di Liege-Bastogne-Liege klasic.

    Pasukan UAE berkata, pemulihan pelumba itu akan mengambil masa kira-kira enam minggu dan akan mengganggu persiapan Pogacar yang dalam persediaan untuk menghadapi Tour de France (TdF) pada 1 Julai ini.

    Pelumba berusia 24 tahun itu terjatuh di kilometer 85 dan menjalani pembedahan pada hari itu juga di Belgium.

    Pengarah perubatan pasukan Dr Adrian Rotunno, berkata Pogacar mengalami patah tulang scaphoid yang memerlukan skru kecil untuk mencantumkan semula serpihan tulang.

    “Prosedur itu berjaya dan dia akan memulakan tempoh pemulihannya di rumah.

    Gambar fail menunjukkan Tadej Pogacar selepas perlumbaan Jelajah Dunia UCI Fleche Wallonne di Huy, Belgium. – AP

    “Proses pemulihan kecederaan itu memerlukan tempoh kira-kira enam minggu.

    “Dia akan menjalani proses pemulihan dengan segera dan beberapa sesi latihan dalaman bersama jurulatih ketika di rumah,” katanya.

    Pogacar menyasarkan TdF di mana dia akan berusaha untuk mendapatkan semula gelarannya selepas dikalahkan oleh Jonas Vingegaard dari Denmark yang memenangi dua edisi sebelumnya.

    “Saya bernasib baik kerana hanya patah pergelangan tangan, memandangkan kemalangan gila yang berlaku,” kata Pogacar di Instagram bersama-sama dengan gambar yang menunjukkan dia tersenyum dengan lengan kirinya di plaster.

    “Saya juga mendoakan pemulihan yang terbaik kepada Mikkel Honore yang jatuh lebih teruk daripada saya.

    “Saya berharap dapat berjumpa awda semua tidak lama lagi,” kata Pogacar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda