Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Polis Jerman gagalkan rangkaian pemerdagangan manusia

    BERLIN, 7 JUN – Polis Jerman hari ini berkata, mereka telah berjaya memutuskan rangkaian pemerdagangan manusia yang dipercayai menyeludup ratusan orang dalam keadaan ‘tidak berperikemanusiaan,’ dengan enam suspek ditahan dalam serbuan di seluruh Jerman, Romania dan Bulgaria.

    Suspek-suspek itu dipercayai telah memperdagangkan lebih 560 orang ke Jerman, dan lebih 300 pendatang ke Romania, kata polis persekutuan.

    Siasatan terhadap rangkaian itu bermula selepas akaun dikumpulkan daripada warga Turki dan Syria di wilayah sempadan Austria, Republik Czech dan Poland. Para pendatang itu dipercayai dibawa ke Jerman melalui laluan yang dipanggil Balkan.

    Mereka didakwa terpaksa bersembunyi di dalam kargo trak ‘dalam keadaan daif selama beberapa hari’ selepas dikeluarkan dari Timisoara, Romania. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...