Monday, January 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel

    ISTANBUL, 19 JAN – Presiden Lubnan, Joseph Aoun kelmarin menegaskan komitmen negaranya terhadap pengunduran Israel dari wilayah selatan yang diduduki dalam tempoh ditetapkan oleh perjanjian gencatan senjata yang akan tamat dalam masa tujuh hari, lapor agensi Anadolu (AA).

    Kenyataan itu dibuat semasa pertemuan Aoun dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Antonio Guterres di istana presiden di Baabda timur Beirut.

    Menurut pejabat presiden Lubnan, perbincangan tertumpu kepada perkembangan terkini.

    Aoun menegaskan pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 November.

    Aoun mengecam ‘pelanggaran berterusan oleh Israel termasuk pencerobohan darat dan udara, khususnya pemusnahan rumah serta kampung-kampung di sempadan.’

    Beliau menegaskan bahawa tindakan itu ‘bertentangan dengan perjanjian gencatan senjata dan merupakan pelanggaran berterusan terhadap kedaulatan Lubnan serta kehendak antarabangsa.’ – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda